Uncategorized

Intern itu Buruh?

Pada tahun 2005, saya ialah intern latihan industri di bawah program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektronik UniMAP. Sebelum saya mulakan LI pada semester kedua tahun ketiga tu, saya dah pernah dengar cerita-cerita ketidakpuasan hati beberapa senior yang merasakan diri diperguna dan tidak mendapat latihan/bimbingan yang selayaknya di industri. Ada yang mengeluh kerana hanya diberikan tugas compile data sahaja, dilayan macam pencacai angkat komputer masuk setor dsb. Tapi saya hanya mendengar dan tak ambil pusing.

Alhamdulillah, apabila tiba masa untuk saya menjalani latihan industri, saya mendapat tempat di ON Semiconductor, Senawang N9 selepas salah seorang bakal intern menarik diri. Jenuh cari tempat, kebanyakan yang saya pilih adalah di sekitar Lembah Kelang sebab saya berasal dari Selayang, Selangor. Yang jauh pun saya mohon di Sony, Bangi. Tapi Allah aturkan yang terbaik untuk saya di Senawang, maka terpaksalah saya mencari rumah sewa dan fikirkan pengangkutan. Allah Maha Baik, saya dapat rumah sewa yang walking distance je dari kilang ON Semi tu.

Issue yang sedang berlegar di social media, bermula di Twitter

Ketika ada sahabat-sahabat saya yang mengeluh tidak diberikan elaun, Alhamdulillah ON Semi bagi saya RM500 sebagai elaun. Dapatlah saya bayar sewa rumah yang saya kongsi bersama 2 orang penyewa. Kak Ngah dan As bukan kenalan universiti saya, mereka berdua ialah pekerja di kilang yang sama. Syukur saya dapat cari rumah sewa walaupun masa tu memang last minutes punya cerita. 2 3 hari sebelum lapor diri baru dapat keputusan diterima sebagai intern di situ. Mak Abah pun menggelabah sama ronda taman perumahan mencari rumah sewa. Terima kasih Mak Abah.

Semasa menjalani latihan industri di ON Semi tu, saya tak rasa pun diperguna, dilayan buruk, terpinggir… Alhamdulillah semua urusan di kilang rasa okay je. Saya diberikan tunjuk ajar daripada mentor saya, En.Nazrin dan beberapa lagi engineers di situ. Saya belajar banyak benda di ON Semiconductor. Dari data compiling, process of semiconductor assembly, robust project dsb. Saya percaya, ini mesti berkat doa Mak Abah, orang yang sayang saya dan pensyarah-pensyarah saya yang memudahkan semuanya.

Atau adakah sebab saya tak banyak songeh, terima aje yang diberikan pada saya? Entahlah.. tapi pengalaman latihan industri saya adalah terbaik bagi saya. Walaupun selepas tu berkali-kali mohon kerja di ON Semi tak diterima..hahaha.

Leave a comment