Uncategorized

Rehat daripada gluten

Hari ni dah 27 Ramadan 1444H, berbaki 2 atau 3 hari lagi kita nak Raya. Ramadan akan berlalu, semoga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu Ramadan tahun depan.

Sepanjang Ramadan ni, CikRean banyak elak makan kuih, roti atau apa-apa yang berasaskan tepung termasuk mee, bihun dan kuetiow. Sahur makan nasi sikit dan mesti amik ESP. Lauk tak kisah apa asalkan kurang pedas. Waktu berbuka pun makan nasi, cuma selalunya lauk meriah sikit lah. Yelah, dia macam meraikan dah berpuasa seharian gitu 😍.

Ada sebab kenapa CikRean elakkan makanan yang ada tepung. Beberapa hari puasa hari tu, CikRean rasa senak kat pangkal abdomen, dan ada angin reflux dari mulut non-stop sampai tekak rasa sakit. Sesak dada rasa 😰. Nak kata gastrik, CikRean biasa kena gastrik, bukan macam ni. CikRean kalau gastrik akan rasa pedih perut dan jadi diarrhea.

CikRean bertahan 4 hari sebelum gi seek for medical treatment. Daripada symptoms yang CikRean beritahu, doktor suspect CikRean dapat GERD. As per doctor, rawatan GERD ni sama dengan gastrik cuma mungkin dosage ubatan berbeza sikit. CikRean tanya perlu tak gi dapatkan rawatan daripada doktor pakar? Doktor tu kata, dia prescribed ubat yang sama dengan doktor pakar akan bagi, so cadangkan CikRean amik dulu medication tu, kalau tak lega mai klinik semula untuk dia tulis surat refer.

Yes, Alhamdulillah dengan ubatan yang doktor bekalkan tu, CikRean lega dah. Tapi doktor juga ada pesan untuk jaga makan. Elakkan gluten. Gluten tu ada pada hampir semua jenis tepung. Tepung gandum, tepung pulut semua tu jangan makan dulu specially semasa puasa, nanti dah okay sikit baru boleh amik.

Courtesy photo from Google Images.
Pasta pun ada gluten. Cuti makan pasta semasa puasa ni 😄

CikRean kan pengamal Shaklee ESP protein shake tu. CikRean tanyalah boleh tak CikRean amik tu? Doktor kata bagus! Protein shake boleh ambik. Selain tu boleh ambil protein daripada ayam, ikan dan daging. Alhamdulillah senang hati CikRean. So for the first 3 weeks of puasa, CikRean tak tinggalkan ESP semasa sahur. Amazingly dengan ESP CikRean rasa lebih sihat dan bertenaga sepanjang hari. Next entry CikRean nak share benefits lain yang CikRean peroleh dengan ESP.

Gambar hiasan 😁. Bertong-tong ESP CikRean minum. Tong kosong tu CikRean buh makanan Si Bulus yang bertandang ke rumah. #kucengjiran

Leave a comment