Uncategorized

Kasi Buang! Jom detox

Bermula semalam 2-Sept, Cik Rean join program #JomDetoxJutawan batch 29 di bawah empayar Master Laila. Immediate master coordinator Cik Rean ialah Master Maria; founder MFMS, tapi Master Maria juga ialah susur galur Jutawan. Secara langsung, Cik Rean boleh join apa-apa program di bawah seliaan Master Laila.

Sebelum batch 29, Cik Rean dah join 2 kali dah program #JomDetoxJutawan ni. Alhamdulillah ada penurunan berat, dan Cik Rean tak kembali kepada berat lama. So Cik Rean join untuk batch kali ni untuk turunkan lagi berat badan Cik Rean hingga dapat berat badan ideal iaitu 50kg.

Korang mesti tertanya, kenapa Cik Rean nak buat detox pulak? Kenapa tak buat diet atkin ke, IF ke, atau eat clean je..untuk turunkan berat badan??

Sebab sebenarnya, detox ni ialah cara pantas untuk turunkan berat badan. Dengan detoxifying, kita akan buang segala kotoran dalam badan kita, menjadikan organ-organ dalam badan kita lebih sihat. Bila kita buat kaedah yang korang fikir tadi tu tanpa detox, kesannya lambat. Kenapa?

Sebab…haa sebab lagi kan?? Bila korang buatlah kaedah-kaedah tu tanpa detox, kotoran masih termendap dalam badan. Kotoran-kotoran ni menghalang khasiat-khasiat makanan yang korang bekalkan tu diserap sempurna. Kotoran ni macam road block!

So, kenalah singkirkan dulu kotoran-kotoran tu, barulah kaedah yang korang fikir tu nampak kesannya dengan lebih cepat. Kaedah-kaedah tu tak silap pun, cuma sebaiknya sebelum itu detox lah dulu.

Badan kita ni macam kereta lah, kena service buang minyak hitam lama. Flush out sampai betul-betul takde mendapan barulah tuang minyak hitam yang baharu. Tak gitu?

Leave a comment