Uncategorized

Raya 1444H

Hari ni dah 26 Syawal, suasana Raya masih segar walaupun hanya tinggal beberapa hari nak masuk Zulkaedah pulak. Dah namanya Raya pun sebulan, selagi masih ada Raya, tak berhenti lah jamuan Raya. Ada jugak yang selit kenduri kahwin, aqiqah atau apa jua tujuan lain tapi suasana Raya tu tetap ada.

Tak terasa puas lagi beraya dengan keluarga dan kawan-kawan, cepat je masa berlalu. Cik Rean cuti seminggu jugak lah semasa nak sambut Raya hari tu. Tapi tak cukup jugak rasa beraya bersama. Mungkin jugak sebab 2 hari sebelum sambut Raya tu Cik Rean dah sampai kampung, so kurang sikit lah hari beraya tu. Hahaha boleh ke camtu?

Kami Raya bersederhana sahaja tapi rasa jugak kemeriahannya.

Cik Rean dan Mak bersama Embah Mar; kakak kepada Arwah Embah Yah. Tempat kami menumpang kasih selepas Embah Yah pergi buat selamanya sejak 2016.
Beraya di rumah Siwo Lee; abang kepada Abah. Kalau balik Sabak Bernam, rumah Siwo Lee antara yang diutamakan.
Gambar kenangan dengan Abah dan Makcik sempena Raya. Hopefully Abah bahagia dan besar hati dengan kedatangan kami beramai-ramai ❤
Tahun ni ada rezeki beraya dengan Dekja kat rumah mentua dia di Alor Setar.
Tq kawan-kawan mai umah.. Meriah dengan anak-anak 😍
Mak-mak tak puas bergambar. Makan tak seberapa, borak je lebih!
Cik Rean enjoy kawan-kawan mai 🥰
Raya + majlis aqiqah pulak. Terima kasih jemput kami
Raya luncheon dengan team pulak. Kami buat oden, ramai yang suka. Next time boleh repeat kot hehehe

Jamuan kat office tak habis lagi. Esok ada jamuan Raya department pulak. Tapi Cik Rean tak join.

Actually hari ni ialah hari ke-6 Cik Rean dikenakan HSO. Jumaat lepas; 12-May Cik Rean tested positive Covid-19 untuk kali ke-2 selepas setahun. Tahun lepas pun Cik Rean kena dalam bulan Raya. Rezeki.. Alhamdulillah dah semakin lega. Nothing to worry, InsyaaAllah. Demam, sakit kepala, sakit tekak dan sakit-sakit badan dah takde. Batuk dan selsema masih bersisa. Jumaat ni kalau rasa tak fit, apply MC je lah.

Next week masuk office dah habis dah bulan Raya. Panjang umur, tahun depan kita jumpa lagi Syawal yang penuh kemeriahan. InsyaaAllah.

Leave a comment