Uncategorized

Tsunami Shaklee semasa Covid-19

Salam semua. Lama betul Cikrin tak berkongsi di sini. Cikrin masih bekerja makan gaji di sebuah kilang semiconductor. Adakalanya terlalu busy hingga tak sempat nak meluangkan masa menulis. Bila dah terbiasa dengan busy sebagai orang makan gaji ni, terus leka dan lupa nak bahagi masa untuk business. Maaf lah ya..

Awal tahun 2020 ni Malaysia digemparkan dengan penularan wabak Covid-19. Virus Covid-19 mula menjangkiti manusia di China bermula November 2019, tapi akhirnya menular ke seluruh dunia hingga diisytiharkan sebagai pandemic pada Februari 2020. Di Malaysia, kerajaan pimpinan PM Muhiyiddin nekad memerangi wabak ini dengan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 March 2020. Sehingga hari ini Malaysia masih dalam arahan yang sama namun berada dalam fasa pemulihan. Alhamdulillah.

Apabila berlakunya penularan wabak dan arahan PKP dikeluarkan, ramai yang panik dan mulai sedar kepentingan kesihatan yang terbaik. Ramai sedar pencegahan lebih baik daripada merawat. Ramai juga yang semakin faham untuk menguatkan immunity badan supaya terhindar daripada virus berbahaya. Sepanjang tempoh PKP ni, produk Shaklee menjadi rebutan ramai hingga bekalan habis dengan cepat setiap kali restock.

Sesuatu produk tak bertahan lama di online store Shaklee Malaysia, terutamanya produk vitamin dan supplement. Distributors terpaksa merebut stock untuk pastikan customer yang dah pre-order dapat item masing-masing. Malah, ada distributor yang tak berjaya dapatkan stock semasa online battle sanggup beli daripada distributor lain dengan harga runcit. Produk Shaklee memang high demand dalam 6 bulan ini!

Hari ini online battle Herblax mulai 2pm. Tahu tak, dalam masa 3 minit sahaja Herblax sold out?! Pengurusan Shaklee sedar permintaan tinggi terhadap produk Shaklee namun stock terhad. Maka belian dihadkan kepada 2 unit sahaja untuk setiap distributor. Sebab tu lah distributor terpaksa berebut dalam online battle. Siapa lambat, tak sempatlah..

Permintaan tinggi terhadap produk Shaklee melahirkan ramai leader baharu pada setiap bulan. Senang je nak jual produk Shaklee sebab banyak permintaan. Sebab tu Cikrin join business Shaklee!

Leave a comment