Uncategorized

Ujian yang mampu

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Sentap, sebak dan kagum dengan kekuatan semangat Master Yani dalam bangkit kembali daripada episod kejatuhannya.

Pinjamkan semangatmu untuk kami juga bangkit!

Setiap orang, Allah uji dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang kehidupan. Pastinya setiap ujian itu Allah turunkan mengikut kemampuan masing-masing. Bagi yang sabar, ganjaran yang besar pasti menyusul. Ujian masing-masing tidak sama, ujian itulah yang meningkatkan kekuatan apabila kita selesai melaluinya dengan sabar.

Cik Rean rasa kerdil jika bandingkan ujian yang Cik Rean lalui dengan apa yang telah Master Yani tempuh. Bermula dengan kehilangan ayah, kemudian kehilangan ibu, lalu diuji dengan perginya anak syurganya. Diselang-seli dengan cabaran mengembangkan organisasi dalam Shaklee; leader lari akibat fitnah, dan pelbagai lagi ujian yang Allah turunkan padanya. Tapi, inilah cara Allah meningkat kekuatan semangat Master Yani dan menjadikan dia lebih berjaya. Setiap ujian yang diberikan adalah tidak sia-sia.

Master Yani hanya ambil 8 bulan untuk capai rank Master Coordinator sebaik dia mula serious untuk buat business dengan Shaklee. Bulan pertama join Shaklee sebagai ahli terus entitled bonus. Determination dia sangat kuat untuk capai kejayaan dalam business ini. Sebab tu lah dalam masa 8 bulan terus capai rank tertinggi.

Langit tak selalu cerah, selepas hanya beberapa tahun performed, Master Yani diuji dan akhirnya jatuh terduduk. Hingga nak cakap pasal business pun menyampah. Rasa alone, tak ada team. Nak sebut nama group pun segan.

Tapi Master Yani tak tunggu lama. Dikumpulkan semangat yang tersisa, Master Yani bangkit kembali. Tahun 2019 Master Yani capai rank tertinggi dalam Shaklee untuk kali ke-2. Pastinya Master Yani akan terus usaha untuk kekalkan rank ni dan setia dengan Shaklee selamanya.

Sepanjang perkongsian Master Yani, bahasanya lancar dan nama Allah tak kekok disebut. Kata-kata yang dikeluarkan diiringi dengan ketegasan. Cik Rean dapat rasa kekuatan semangat Master Yani. Master Yani hargai upline dia yang tak putus asa dengannya iaitu Master Zura. Master Zura pun kagum dengan Master Yani dan berkongsi sifat Master Yani yang menjadikan siapa dia sekarang.

Master Zura huraikan sifat Master Yani menurut acronym nama YANI tu sendiri.

Y – YES! Master Yani sentiasa patuh dengan nasihat uplines. Buat je apa yang uplines pesan. Buat tanpa tapi, usaha tanpa nanti. Duplicate mentor supaya boleh dapat kejayaan dengan cara lebih mudah dan cepat berbanding mencuba sesuatu yang tidak pasti.

A – Attitude. Master Yani seorang yang merendah diri dan sentiasa jaga hubungan baik dengan uplines dan downlines. Setiap katanya disusun dengan baik supaya tidak guris hati sesiapa.

N – Never give up! Semampunya Master Yani akan usaha untuk menjaga business. Apa-apa yang baik untuk business, pasti dibuat. Tidak menghampakan team. Tetap balas WhatsApp walaupun sedang pangku jenazah anak dalam perjalanan ke pusara.

I – Invest. Master Yani sanggup invest untuk dapatkan pengetahuan dan pengalaman. Kemudian tak lokek berkongsi ilmu dan info dengan yang lain.

Cik Rean enjoy sangat dengan perkongsian daripada Master Yani. Banyak input yang boleh dijadikan panduan untuk pergi lebih jauh dalam Shaklee business ni. Terima kasih Master Yani. Dan terima kasih juga pada Master Norita yang membuka peluang kepada downlines seperti Cik Rean untuk mendengar perkongsian ni. Alhamdulillah.

Leave a comment