Uncategorized

Pre-Raya

Salam Jumaat yang terakhir dalam Ramadan 1444H, hari terakhir juga bagi umat Islam di Malaysia berpuasa pada tahun ini. InsyaaAllah esok kita akan beraya. Yeay!

Hari ni hari ke-2 CikRean di Segamat. Kelmarin, hari Rabu ialah hari terakhir CikRean bekerja sebelum bercuti selama seminggu sempena Hari Raya. Habis kerja hari Rabu tu, balik rumah terus mandi dan bersiap-siap. Pukul 7pm camtu kami gerak keluar rumah. Selepas berbuka puasa, perjalanan 9 jam dari Kulim ke Segamat pun bermula. Kurang lebih jam 4am sampailah kat rumah mentua CikRean.

Semalam kami ipar duai dah mulakan sedikit persiapan untuk masak juadah raya. Prepare lah sikit kot kot malam tadi diumumkan hari ni raya. Alhamdulillah rayanya esok, so petang nanti lah mula tumis masak-masak semua. Bahan-bahan blended dah siap.

Siang ni takde apa sangat lah nak buat. Pagi tadi CikRean amik initiative cuci gelas, pinggang mangkuk dan bekas air yang akan digunakan semasa ramai-ramai nanti. Barang-barang disimpan atas para di setor tu kurang bersih, ada telur cicak lah, kena najis lipas lah. So kita cuci biar bersih, baru yakin nak guna. Raya setahun sekali, macam tu lah, sibuk sikit.

Takde gambar aktiviti yang boleh dikongsi. Takdan hehehe. Tapi CikRean nak share gambar pre-raya kat backdrop yang HR kilang sediakan. Dan kesempatan ini juga CikRean nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada pembaca semua! Hati-hati dalam perjalanan balik kampung dan kembali ke rumah.

Wefie dengan Mariyam on Tuesday
Izzati tolong amikkan gambar CikRean dengan Ana keesokan harinya

Leave a comment